Pages

Wednesday, June 22, 2011

Hadis 40 - 2

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama 

Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki

yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang

musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah

SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta

diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah

mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya

Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat,

berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke

sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada

tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )

Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau

beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari

Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang

burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?

Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.

Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat

melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah :

Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.

Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila

hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang

berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina

bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis

tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal

kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah :

Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran

agama kamu.


No comments: