Pages

Saturday, June 25, 2011

yahOOO..!!!

last day at conservative..
monday will be at public health...
looking forward for it..
yeah...!!



Wednesday, June 22, 2011

Hadis 40 - 2

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama 

Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki

yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang

musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah

SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta

diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah

mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya

Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat,

berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke

sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada

tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )

Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau

beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari

Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang

burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?

Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.

Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat

melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah :

Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.

Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila

hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang

berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina

bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis

tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal

kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah :

Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran

agama kamu.


Monday, June 20, 2011

Hadis 40

hadis 1

Hadis Pertama 

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Saturday, June 11, 2011

proses yang mematangkan

sekarang clinical kat departemen konservasi gigi..
ala keje tambal2 gigi suma 2 la..
lg 2 mggu tinggal sebelum tukar ke departemen laen...
kasus minreq masih blum siap..
padahal org lain dah siap nak masukkan pasien ujian lagi..
ak baru tergedik-gedik nak memahirkan diri...
namun begitu la ak..
orang lain dh masuk gear 5 awal2 lagi..
ak ujung-ujung baru nk dapat ketrampilan dier..
maybe im a slow leaner..




tapi xpe..
yang penting ak patut bersyukur dengan apa ilmu dan skill yang ak dapat selama ini..
walaupun agak terlambat tapi nnt khidmat aku disukai oleh orang ramai..
bukan sebab ak nk kejar wang ringgit biler rawat pasien..
ak memang bertekad nak abdikan diri pada masyarakat kat klink krajaan je..
so isu mata duitan xkan tmbul hanya ingin menimbulkan rasa gembira pada pasien yang memerlukan bantuan..