Pages

Sunday, September 28, 2008

selamat hari raya aidilfitri

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Mohon ampun dan maaf zahir dan batin atas segala kesilapan yang saya lakukan secara sengaja dan tidak sengaja selama kehidupan ini.

Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.

Disamping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam.

Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat dan mampu menapis segala cubaan dari anasir luar yang cuba memecahbelahkan keeratan kita.

No comments: